Tentang Kami

Ini adalah cerita kami… Perjalanan tertubuhnya Diadina tidak mudah. Banyak yang dilalui sebelum menemui idea untuk menubuhkan Diadina. Kami akui, kami masih baru lagi di dalam dunia perniagaan ini, dan banyak lagi perlu kami belajar.

Diadina diterajui oleh seorang suri rumah yang berimpian untuk membina sebuah perniagaan dengan matlamat untuk membantu setiap ibu bapa mengajar anak mereka solat di awal usia dengan telekung yang comel dan sesuai bagi puteri cilik untuk sentiasa “get ready” untuk solat.

Selain itu, Diadina juga memasang matlamat untuk memanfaatkan kepakaran yang ada dengan memberikan peluang pekerjaan atau pendapatan sampingan kepada suri-suri rumah atau sesiapa sahaja yang berminat di dalam bidang jahitan dan pemasaran.

The Founder

Founder Diadina, Puan Siti Rohaya atau lebih mudah dikenali sebagai Roy, merupakan bekas seorang jurutera elektronik dan berkhidmat di sebuah syarikat elektronik bertaraf antarabangsa di Kulim, Kedah. Beliau telah berkhidmat selama 2 tahun untuk mencari pengalaman dalam pekerjaan.

Kemudian, beliau meneruskan niat untuk tinggal bersama dengan keluarga di Shah Alam, Selangor menjadi suri rumah. Tetapi dalam masa yang sama, beliau berusaha mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga dengan niat untuk memulakan perniagaan dari rumah.

Minat beliau dari kecil dalam bidang fesyen telah memberikan inspirasi kepada beliau untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang jahitan.

Kursus Asas Jahitan pertama

Beliau mula menjalani kursus asas jahitan pada tahun 2012. Dengan ilmu asas tersebut, beliau menghasilkan beberapa produk kanak-kanak untuk diniagakan.

Permulaannya, hasil jualan produk seperti baju kanak-kanak tidak lah memberangsangkan kerana kekurangan ilmu dalam perniagaan.

Tetapi, semangat beliau untuk berniaga tidak mudah padam. Beliau tetap berusaha dengan gigih menimba lagi ilmu pengetahuan dalam perniagaan.

Perniagaan telekung kanak-kanak

Satu hari, anak comelnya ingin solat berjemaah bersama tetapi pada ketika itu, tidak ada telekung yang sesuai untuk anak nya. Macam ibu-ibu lain, tudung atau telekung dewasa lah yang dipakaikan sebagai ganti. Baliau mula buat kajian melalui internet tentang telekung kanak-kanak dan didapati memang banyak jenis telekung kanak-kanak yang ada dipasaran.

Tetapi, oleh kerana beliau mempunyai kemahiran menjahit, beliau mula menjahit sepasang telekung untuk anaknya supaya dapat solat berjemaah bersama.

Kemudian, dengan sahaja suka-suka memuat naik gambar di dalam facebook, ramai pula yang berminat dengan telekung yang dihasilkan. Disebabkan ada permintaan, beliau hanya menjual telekung “made to order”, dan Alhamdulillah, pulangannya agak memberangsangkan.

Dari sini bermulanya perjalanan dengan tertubuhnya jenama Telekung Kanak-Kanak Diadina pada tahun 2016….

Telekung Awning Silang Kanak-Kanak Diadina

Idea tercetus apabila beliau hanya melihat-lihat dan berminat dengan design tudung awning silang. Beliau cuba menggabungkan idea tersebut pada telekung kanak-kanak dan terhasil lah telekung awning silang pertama.

Beliau cuba untuk pasarkan telekung tersebut di luar dengan bantuan suami yang pada ketika itu mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang online marketing.

Alhamdulillah, hasilnya cukup memuaskan. Permintaan semakin bertambah. Tidak kurang juga yang berminat untuk menjadi rakan niaga dalam memasarkan produk telekung kanak-kanak Diadina.

Alhamdulillah, Telekung Awning Silang, Kanak-Kanak Diadina, berjaya menembusi pasaran seluruh Malaysia dan juga Singapura melalui ejen-ejen yang sah.

Ins Sha Allah berkat doa semua, kami akan berusaha memberikan servis yang terbaik dan memperkenalkan produk-produk lain di bawah nama Diadina di masa akan datang.