JAMINAN DAN DISCLAIMER
Jaminan
Pihak Diadina akan berusaha sehabis baik dalam memberikan jaminan kualiti servis dan produk kepada setiap pelanggan . Sekiranya terdapat kekurangan atau ‘defect’ pada produk yang diterima, pelanggan boleh membuat tukaran secara 1-to-1 dalam tempoh 7 hari setelah penerimaan produk. Dengan syarat, produk yang deterima itu mengalami kekurangan atau ‘defect’ yang terbukti adalah berpunca dari pihak Diadina. Segala kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak Diadina.
Pihak Diadina juga berhak atas budi bicara bersama pelanggan untuk menukar cara pulangan jaminan sama ada dalam bentuk bayaran balik tunai, diskaun tambahan, pemberian hadiah percuma tambahan dan lain-lain mengikut kesesuaian situasi.
Sekiranya terdapat permasalahan dari segi servis kami iaitu tempahan, penghantaran dan lain-lain, anda boleh hubungi kami terus untuk mendapatkan bantuan selanjutnya. Pihak Diadina tidak akan bertanggungjawab atau melayan sebarang komen negatif mahupun aduan yang dilakukan bukan dari saluran yang betul.
Kami hargai setiap pendapat anda dan sentiasa mengutamakan penambahbaikkan berterusan untuk setiap operasi perniagaan kami.
Disclaimer (Penafian)
PENAFIAN MANFAAT TELEKUNG KANAK-KANAK DIADINA
Setiap testimoni yang dinyatakan sama ada di dalam laman web ini ataupun dari mana-mana medium pemasaran pihak Diadina adalah dari pengguna produk telekung kanak-kanak Diadina yang sebenar. Namun, hasil pemakaian mungkin berbeza mengikut bentuk muka dan saiz badan kanak-kanak. Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pihak Diadina sekiranya ingin mendapatkan bantuan lanjut tentang telekung kanak-kanak Diadina.
Setiap perubahan sifat atau emosi anak-anak dalam didikan solat tidak bergantung 100% pada telekung kanak-kanak Diadina. Telekung kanak-kanak yang disediakan adalah sebagai bantuan untuk memberikan semangat pada anak-anak untuk belajar mendirikan solat. Setiap didikan solat anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri dan harus sentiasa menggalakkan anak solat seperti yang dianjurkan dalam agama Islam.
PENAFIAN PRODUK ATAU JUALAN PRODUK DIADINA
Setiap ciri-ciri dan reka bentuk telekung kanak-kanak Diadina adalah hak milik penuh Diadina. sekiranya terdapat produk yang hampir sama dijual di pasaran oleh peniaga lain atau pun mana-mana pihak yang menjual dengan menggunakan nama Diadina tanpa persetujuan dari pihak Diadina, anda dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pembelian dan terus menghubungi pihak Diadina untuk mendapatkan penjelasan.
Pihak Diadina tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk urusniaga yang bukan dari pihak Diadina sendiri ataupun ejen-ejen sah yang dilantik oleh Diadina.