Telekung Kanak-Kanak Awning Silang Pertama Malaysia

Telekung kanak-kanak Diadina direka khas untuk membantu ibu dan ayah memberi galakkan kepada puteri comel supaya menjadi lebih rajin solat. 

Tidak seperti telekung kanak-kanak yang lain, Telekung kanak-kanak Diadina mempunyai rekaan yang menepati citarasa puteri comel anda serta mampu milik bagi setiap keluarga.

Siapa Kami?

Mula beroperasi secara online sejak tahun 2016, Diadina merupakan salah satu jenama telekung kanak-kanak yang semakin berkembang di Malaysia.

Kami adalah pembekal utama telekung kanak-kanak dengan rekaan Telekung Awning Silang® yang unik serta selesa untuk dipakai ketika solat.

Telekung awning silang®

Rekaan “Awning Silang” adalah keunikan telekung kami menjadikan ianya berbeza dengan telekung kanak-kanak lain yang ada di pasaran.

Material lembut dan selesa

Keselesaan puteri comel adalah keutamaan kami. Kami memastikan kain yang dipilih sebagai bahan asas telekung mestilah berkualiti tinggi, lembut dan selesa.

Mudah untuk dipakai

Telekung kami sangat mudah untuk dipakai. Puteri Comel seawal 3 tahun pun boleh pakai dengan mudah serta nampak kemas terletak di kepala.

Jahitan kemas dan berkualiti

Telekung kanak-kanak Diadina dijahit oleh pekerja-pekerja yang mahir dan sentiasa berdedikasi dalam menghasilkan telekung kanak-kanak yang kemas serta berkualiti.

APA KATA MEREKA TENTANG TELEKUNG KANAK-KANAK DIADINA...

"Ya Allah! selesa sangat kain dia.. Anak terus nak bawak pergi mengaji.. suka tengok dia bertambah semangat nak solat.."
~Puan Nurelisa
Machang, Kelantan
"Cantik & kemas jahitannya.. kain lembut & tak panas... Semangat anak nak pakai masa solat.."
~Puan fiqah
Sg. Buloh, Selangor
"Saya puas hati dengan kualiti kain telekung. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak..."
~Puan Azreen
Batu Caves , Selangor
"Alhamdulillah... selesa sangat telekung, sama warna dengan tanda group umrah kami..."
~en.mohd firdaus
Seri Manjung, Perak
"Anak semangat nak solat dengan uminya.. puas hati sangat dengan kualiti telekung Diadina ni.. saya suka design silang kat dahi tu.. jahitan sangat kemas, kain pun tak panas..."
~Puan Aishah
Kajang, Selangor
"Servis Diadina sangat bagus... anak buah saya sangat suka dengan telekung..."
~Puan norhayati
Labu, Negeri Sembilan

The Diadinarian Princesses

Koleksi 'Best Seller' Yang Sentiasa Menjadi Pilihan Hati Setiap Puteri Comel

Soalan Lazim

Telekung Diadina menggunakan material apa ?

Kami menggunakan kain jenis soft jersey yang lembut, sejuk dan selesa dipakai untuk kanak-kanak.

Selepas pembelian, bila telekung akan dihantar ?

Kami akan membuat penghantaran setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Saiz apa yang ada untuk telekung diadina ?

Kami menyediakan 3 saiz untuk telekung kanak-kanak Diadina iaitu saiz S (1-3 Tahun), M(4-6 Tahun) dan L (7-9 Tahun).

Diadina ada Kedai untuk tengok sampel telekung ?

Maaf, kami hanya fokus kepada kedai online sahaja. Anda boleh rujuk panduan saiz kami untuk mendapatkan saiz telekung yang sesuai untuk anak anda.

Apakah jaminan yang diberikan oleh telekung diadina ?

Kami memberikan jaminan “7 Days 1-to-1 return policy” sekiranya anda tidak berpuas hati dengan telekung yang diterima. Kos penghantaran semula akan ditanggung oleh pihak kami. Tertakluk dengan terma dan syarat. 

Diadina ada buka ejen atau dropship ?

Buat masa sekarang, kami tidak lagi membuka sebarang peluang perniagaan bersama sebagai ejen ataupun dropship untuk Diadina