Tentang Kami

Muqaddimah

Ini adalah cerita kami… Perjalanan tertubuhnya Diadina tidak mudah. Banyak yang kami lalui sebelum kami menemui idea untuk menubuhkan Diadina. Kami akui, kami masih baru lagi di dalam dunia perniagaan ini, dan banyak lagi perlu kami belajar. Apa yang boleh kami katakan ialah Diadina masih di peringkat awal lagi.

Diadina diterajui oleh sepasang suami isteri yang berimpian untuk membina sebuah perniagaan dengan matlamat untuk membantu setiap ibu bapa mengajar anak mereka solat di awal usia dengan telekung yang comel dan sesuai bagi puteri cilik untuk sentiasa “get ready” untuk solat.

Selain itu, kami ingin memanfaatkan kepakaran yang kami ada dengan memberikan peluang pekerjaan atau pendapatan sampingan kepada suri-suri rumah atau sesiapa sahaja yang berminat di dalam bidang jahitan dan pemasaran.

THE FOUNDER

CEO / Founder Diadina, Puan Siti Rohaya atau lebih mudah dikenali sebagai Roy, merupakan bekas seorang jurutera elektronik dan berkhidmat di sebuah syarikat elektronik bertaraf antarabangsa di Kulim, Kedah.  Beliau telah berkhidmat selama 2 tahun untuk mencari pengalaman dalam pekerjaan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di syarikat tersebut, beliau terpaksa tinggal berjauhan dengan suami dan keluarga. Ketika itu juga beliau sedang mengandung (kandungan usia 6 bulan) anak pertama.  Disebabkan itu, beliau nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan tinggal bersama suami di Shah Alam.

Dengan keputusan tersebut, ramai yang mula mengata pada dirinya, “Sayangnya.. pelajar terbaik universiti, tetapi berhenti kerja duduk rumah aje tak buat apa..”. Pada mulanya diakui keputusan untuk berhenti kerja adalah perkara yang paling sukar untuk dibuat, tetapi dengan pemikiran yang optimis dan positif ia tidak sekali menjatuhkan semangat beliau untuk mendapatkan kebebasan dalam menguruskan rumah tangga.

Beliau mula mencari peluang untuk mengisi masa yang terluang demi membantu suami dalam mencari pendapatan tambahan untuk keluarga. Minat dari kecil dalam bidang fesyen telah memberikan inspirasi kepada beliau untuk mencari ilmu pengetahuan tentang jahitan.

Kursus Asas Jahitan Yang Pertama

Beliau mula menjalani kursus asas jahitan semasa kandungannya yang pertama berusia 7 1/2 bulan. Mengandung bukan alasan bagi seorang wanita ini untuk tidak berusaha mencari ilmu pengetahuan. Beliau berulang-alik dari Shah Alam ke Wangsa Maju untuk mempelajari ilmu tersebut selama sebulan. Dengan ilmu asas tersebut, beliau berjaya menghasilkan design baju kanak-kanak yang pertama untuk dijadikan sebagai sampel untuk dijual. Namun, semasa hendak memulakan jualan, kandungan sudah mula sarat dan terpaksa berhenti kerana tidak berupaya untuk menjahit.

Selepas bersalin, usaha beliau terbantut dan tidak tahu bagaimana untuk mulakan semula kerana maklumlah, lepas bersalin dan berpantang banyak yang telah lupa. Tetapi ianya tidak terhenti di sini sahaja.

Mula Belajar Berniaga

Beliau kemudian mencari peluang lain untuk mencari pendapatan, dan hasil pertemuan dengan mentor pertamanya, beliau cuba berniaga dengan menjadi ejen produk kecantikkan di salah satu syarikat No.1 Malaysia. Beliau juga merupakan founder kepada Opsmamacantik.com dengan fokus kepada produk korset untuk wanita selepas bersalin.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang ditempuhi semasa beliau mula berniaga. Di sini juga, beliau dapat mempelajari dan menguasai banyak teknik-teknik untuk berniaga. Usaha beliau turut disokong dan dibantu oleh suami. Untuk ibu yang mempunyai anak kecil, ianya bukan alasan untuk beliau untuk tidak berusaha mencapai sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan.

Walaupun perniagaan tersebut memberikan pulangan yang bagus, tetapi minat beliau terhadap bidang fesyen dan jahitan tidak pernah padam.

Perniagaan Telekung Kanak-Kanak

Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki kepada beliau apabila ditawarkan kursus jahitan SKM1 yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Beliau menjalani kursus latihan tersebut selama sebulan dan telah mahir dalam menghasilkan pelbagai jenis baju. Pada mulanya, dengan ilmu yang dipelajari, beliau bermula menjahit baju-baju untuk anak perempuannya.

Satu hari, anak comelnya ingin solat berjemaah bersama tetapi pada ketika itu, tidak ada telekung yang sesuai untuk anak nya. Macam ibu-ibu lain, tudung atau telekung nya dipakaikan sebagai ganti. Baliau mula buat research melalui internet tentang telekung kanak-kanak dan didapati memang banyak jenis telekung kanak-kanak yang ada dipasaran. Dari sini, beliau mula belajar dan berjaya menghasilkan satu telekung comel untuk anaknya.

Dengan sahaja suka-suka upload gambar di dalam facebook, ramai pula yang berminat untuk mendapatkan telekung yang dihasilkan. Disebabkan ada permintaan, beliau bermula dengan menghasilkan telekung jenis biasa sahaja dan dijual pada kawan-kawan rapat dan keluarga.

Telekung Awning Silang Kanak-Kanak Diadina

Idea tercetus apabila beliau hanya melihat-lihat dan berminat dengan design tudung awning bersilang. Beliau cuba menggabungkan idea tersebut pada telekung kanak-kanak nya dan terhasil lah telekung awning silang pertama.

Beliau cuba untuk pasarkan telekung tersebut di luar dengan bantuan suami yang pada ketika itu mempunyai sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang online marketing. Alhamdulillah, hasilnya cukup memuaskan. Permintaan semakin bertambah. Tidak kurang juga yang berminat untuk menjadi rakan niaga dalam memasarkan produk telekung kanak-kanak Diadina.

Alhamdulillah, Telekung Awning Silang, Kanak-Kanak Diadina, berjaya menembusi pasaran Singapura melalui ejen-ejen yang sah. Ins Sha Allah berkat doa semua kami akan berusaha memberikan yang lebih baik dengan memperkenalkan produk-produk lain di bawah nama Diadina pada masa akan datang.

THE CO-FOUNDER

Co-Founder Diadina atau Suami kepada Puan Rohaya, En. Shahrul Reza merupakan seorang Jurutera yang masih berkhidmat di bawah salah satu syarikat Minyak & Gas. Walaupun beliau masih bekerja, ianya bukan alasan untuk tidak melakukan kerja tambahan bagi menambahkan pendapatan.

Beliau tahu, hidup dengan hanya bergantung pada gaji bulanan sahaja tidak cukup untuk menampung kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

Matlamat beliau, ialah untuk berhenti kerja dan menguruskan perniagaan sendiri bersama isteri serta mempunyai masa yang boleh ditentukan sendiri.

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan, beliau sentiasa didedahkan tentang bisnes. Ini memberikan nilai tambahan pada diri beliau dan disebabkan itu, beliau sentiasa bersemangat untuk memiliki perniagaan yang berjaya satu hari nanti.

Bisnes Tanpa Ilmu

Beliau bermula dengan berniaga kecil-kecilan dengan menjual e-book di internet tetapi tidak berjaya. Selain itu, ada juga bisnes-bisnes sambilan di internet yang diceburi semata-mata ingin mencuba untuk mendapatkan hasil yang boleh membantu meningkatkan pendapatan bulanan, tetapi tidak kesampaian kerana tidak ada ilmu pengetahuan yang cukup dan betul.

Setelah berkahwin, beliau dan isteri mula belajar berniaga dengan menjual produk kecantikan dan kesihatan. Dengan bermentor, sedikit sebanyak beliau dapat mempelajari cara-cara untuk berniaga. Betul apa yang orang kata, berniaga tanpa ilmu dan tidak ada mentor akan menyebabkan kita asyik terlanggar dinding sahaja.

Proses Menimba Ilmu

Beliau bermula dengan menyertai seminar-seminar perniagaan yang dianjurkan oleh sifu-sifu terkemuka di malaysia. Dengan bermula sebagai follower yang membaca tips-tips melalui blog-blog, selepas itu beliau mengambil keputusan untuk melabur wang untuk menambah ilmu pengetahuan lebih mendalam lagi tentang bisnes dan marketing.

Minat terhadap online marketing telah lama disimpan dan dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang dianjurkan oleh Sifu Online Marketing No.1 Malaysia, Irfan Khairi.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga turut menyertai seminar FB marketing yang dianjurkan oleh SifuFBads dan juga Seminar IMKK anjuran RIchworks (Dr. Azizan Osman).

Alhamdulillah, berkat ilmu yang dipelajari, beliau berjaya menghasilkan dan mengandalikan 2 buah website utama untuk perniagaan beliau dan isteri iaitu opsmamacantik.com & diadina.com.

Online Bisnes Dan Telekung Kanak-Kanak Diadina

Perniagaan perlu dilakukan bersama, kita tak perlu pandai semua. Kita gunakan kelebihan masing-masing untuk meningkat dan membina bisnes ke tahap yang lebih baik. Dengan kepakaran online marketing yang ada, jualan telekung kanak-kanak Diadina meningkat berganda-ganda.

Dengan bermula menjual di Facebook dan instagram, Diadina dapat menembusi pasaran Malaysia dengan keunikan tersendiri. Alhamdulillah, telekung kanak-kanak Diadina juga turut dijual di Singapura melalui ejen yang sah. Semuanya dipertemukan di dalam media sosial sahaja.

Dengan internet segala perniagaan menjadi lebih mudah. Ins Sha Allah, dengan website yang telah siap sedia untuk digunakan untuk proses order, jualan telekung Diadina akan meningkat lebih berganda serta menambah lagi ejen-ejen di Malaysia yang mahu menambah pendapatan sampingan.