Quivervision, aplikasi mewarna 3D unik untuk kanak-kanak

Rasanya ramai yang telah tahu tentang aplikasi Quivervision selepas “viral” di dalam facebook. Alhamdulillah admin sudah pun download dan cuba pada anak. Seronok dapat lakukan aktiviti mewarna bersama kemudian dapat menyaksikan hasil mewarna dapat menjadi realiti. Masih tak tahu apa itu Quivervision? Quivervision adalah satu aplikasi mewarna untuk kanak-kanak yang dibangunkan oleh Quivervision sendiri iaitu dengan menggunakan teknologi Augmented Reality atau AR yang boleh menghidupkan gambar 2D kepada 3D.

Sebelum ini banyak juga produk di pasaran yang menggunakan teknologi AR untuk tujuan pendidikan kanak-kanak, tetapi Quivervision telah menghasilkan satu keunikan iaitu dapat meghasilkan imej 3D melalui imbasan telefon pintar dengan citarasa dan kreativiti warna sendiri pada gambar 2D yang disediakan. Ini adalah salah satu hasil mewarna yang telah kami cuba. Kami gunakan gambar rama-rama untuk cubaan kerana boleh menggunakan banyak warna pada sayap rama-rama.

Warnakan gambar yang dimahukan.

Selepas siap, imbaskan pada telefon pintar melalui aplikasi Quiver. Hasilnya.. play video di bawah…

Menarik bukan.. mula-mula bila kami cuba, memang sangat teruja. Anak pun seronok tengok hasil warnanya hidup menjadi 3D.

“Macam mana nak dapatkan ni? Seronok sangat… mana nak download?”

Mudah sahaja, dengan hanya 3 langkah sahaja anda boleh buat diri dan anak anda teruja dengan hasil mewarna yang akan hidup. Anda hanya perlu ke website mereka di www.quivervision.com.

1. Print

Download set colouring book yang mereka sedia kan di dalam website tersebut dan kemudian print macam biasa. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Kami cadangkan download semua yang percuma dalam format pdf dan simpan. Ianya boleh digunakan berulang-ulang kali. Seronok kan.. jimat! Ini antara set coloruing book yang disediakan.

Foto Kredit : Quivervision.com

2. Warna

Pilih gambar yang mana anda mahukan dan ajak anak mewarna bersama. Untuk kami, anak kami belum pandai menggunakan pensel, kami yang bantu anak mewarna, dalam masa yang sama kami yang teruja nak tengok hasilnya.

3. Imbas

Bahagian yang paling seronok ialah hasil warna anda dapat dihidupkan melalui imbasan telefon pintar melalui aplikasi Quiver. Aplikasi Quiver boleh didapati di dalam google play store  bagi yang menggunakan telefon pintar android atau apple store bagi yang menggunakan iphone atau ipad. Selepas selesai mewarna, anda imbaskan dan tengok bagaimana gambar yang anda warna hidup menjadi 3D dan boleh berinteraksi.

Foto Kredit : Quivervision.com

Hasil 3D gambar kuda yang telah diwarnakan

Selain itu, anda juga boleh merakam gambar dan video seperti yang dikongsikan sebelum ini.

Menarik kan.. Pastinya anda sudah tidak sabar dan sudah pun men-download semua set colouring book. Alhamdulillah selamat mencuba dan selamat mewarna bersama anak-anak!

Foto Kredit : Quivervision.com

Telekung Kanak-Kanak Diadina, satu-satunya telekung solat Awning Silang dihasilkan untuk membantu si Comel anda sentiasa bersemangat setiap kali masuk waktu solat. Stok adalah TERHAD, dapatkannya segera! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 018-3234483.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *