Nak ajar anak seawal usia satu tahun untuk solat? Ini 7 kaedah yang anda boleh cuba.

Setiap ibu bapa bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak, terutama ilmu tentang ibadah solat. Solat adalah salah satu cara untuk mengajar anak mengenal tentang Islam dan Allah. Dengan solat juga, ia dapat membentuk keperibadian anak yang lebih berakhlak dan beriman.

Usah dirumitkan dengan persolan “bila umur sesuai untuk ajar anak solat?” dan menganggap anak-anak ini terlalu kecil untuk solat. Bak kata pepatah orang tua- tua “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya..”. Maknanya lagi awal anda perlu ajar anak-anak untuk solat supaya lagi mudah untuk mereka faham dan jalankan tanggungjawab tersebut apabila besar kelak.

Cabaran pastinya ada dalam mendidik anak untuk solat, lagi-lagi zaman yang dilengkapi dengan hiburan seperti alatan gajet, TV dan sebagainya. Di sini, Ibu bapa perlu lebih kreatif dalam memikirkan kaedah yang terbaik untuk memastikan anak boleh menerima arahan dan ajaran tanpa rasa terpaksa.

Ini adalah antara kaedah mudah yang kami praktikkan dalam mengajar anak seawal usia satu tahun supaya rajin solat.

1. Solat di hadapan anak-anak

Ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak dan mereka melihat apa yang ibu bapa mereka lakukan. Sekiranya ibu bapa tidak disiplin dalam solat, mereka juga akan anggap solat itu perkara yang ringan.

Solat di ruang yang mudah dilihat oleh anak-anak, sebagai contoh di ruang tamu. Untuk bayi, anda hanya perlu baringkan di sebelah anda manakala untuk anak-anak yang sudah besar, pastikan mereka berada berdekatan. Pesan kepada mereka supaya tidak membuat bising atau berlari-lari ketika anda sedang solat. Dalam masa yang sama, anda sedang mendidik anak tentang waktu solat.

Di awal usia, anak mungkin tidak akan faham, tetapi sedikit sebanyak apabila mereka melihat ibu bapa solat, mereka akan mula meniru rukun-rukun solat yang dilakukan seperti rukuk dan sujud. Ini adalah satu petunjuk yang baik di mana anak sudah mulai minat untuk belajar tentang solat.

2. Ajar anak berwuduk

Wuduk adalah perkara asas dalam mengajar anak untuk solat. Ajar langkah demi langkah cara berwuduk dengan betul. Tampalkan poster langkah-langkah berwuduk bergambar di dalam bilik anak. Untuk permulaan, biarkan sahaja jika anak mengikut anda untuk berwuduk walaupun habis basah satu badan! bersabarlah, bimbing anak perlahan-lahan sehingga mereka boleh menyempurnakan wuduk itu dengan sendiri.

3. Ajak anak solat berjemaah

Mengajak solat bersama adalah lebih baik daripada menyuruh anak solat bersendirian. Ajar anak bukan secara terpaksa tetapi biarlah ia datang secara semula jadi. Lakukan secara konsisten setiap kali masuk waktu solat dan dengan cara ini ia dapat menanam mindset mereka supaya sentiasa bersedia apabila masuk waktu solat.

4. Menghargai dan memberi pujian

Selesai solat dan bacaan doa selepas solat, amalkan bersalaman, berpeluk dan cium. Puji anak kerana berjaya solat bersama. Dengan cara ini anda bukan sahaja dapat mengajar anak solat, anda juga dapat menerapkan nilai kasih sayang dalam keluarga dan anak-anak menjadi lebih semangat untuk solat.

5. Gajet dan TV adalah musuh utama

Anak-anak mudah cenderung dan leka dengan hiburan dari gajet dan TV. Oleh itu, ibu bapa harus lebih tegas dalam mencegah anak-anak dari menggunakan gajet atau TV semasa waktu solat.

Sorokkan gajet dan remote TV di tempat yang sukar untuk dijumpai oleh anak. Nasihat anak-anak supaya utamakan solat dan hanya boleh tonton TV atau bermain dengan gajet selepas dibenarkan.

6. Tegur kesilapan solat anak

Terkadang ada sahaja kerenah anak yang membuat kesilapan ketika solat. Tegur mereka secara berhemah, jelaskan apa dan kenapa ianya silap. Nasihat juga supaya tidak mengulangi kesilapan sambil diiringi dengan pujian yang positif.

7. Sediakan telekung atau kopiah yang sesuai

Salah satu cara mudah untuk menarik minat anak untuk bersolat ialah lengkapkan dengan pakaian solat yang sesuai. Untuk anak lelaki, sediakan kopiah atau songkok kanak-kanak yang comel, manakala untuk anak perempuan, sediakan telekung kanak-kanak yang cantik, comel dan selesa.

Berikan kebebasan untuk anak dalam memilih apa yang mereka berkenan.

Puji anak , “Wah! Cantiknya adik pakai telekung nak solat.. comel sangat anak Mama..”. Dengan pujian serta kelengkapan pakaian yang diberikan, pastinya anak anda akan lebih bersemangat untuk solat.

Dimana boleh dapatkan telekung kanak-kanak yang Cantik, Comel dan Selesa? Tidak seperti pembekal telekung kanak-kanak yang lain, telekung kanak-kanak Diadina adalah yang pertama menjual telekung kanak-kanak jenis “awning silang”. Telekung kanak-kanak Diadina dihasilkan dari material soft jersey yang lembut dan memberi jaminan keselesaan untuk anak comel anda bersolat. Tuan dan Puan boleh dapatkannya di sini.

Sebagai penutup, ibu bapa juga boleh mengamalkan doa dari ayat 40 Surah Ibrahim yang bermaksud ;

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Ins Sha Allah, jika dilatih sejak kecil lagi, anak-anak akan cepat dan mudah untuk memahami tentang solat. Pastinya anak-anak akan lebih mengutamakan solat apabila mereka sudah besar kelak. Semoga berkat gigih usaha ibu bapa mendidik anak-anak, menjadi saham apabila di akhirat kelak.

P/S : Anda ada kaedah lain yang lebih mudah dan sesuai untuk ajar anak solat? Kongsikan di dalam ruangan komen di bawah supaya kita dapat kongsikan manfaat bersama.

Telekung Kanak-Kanak Diadina, satu-satunya telekung solat Awning Silang dihasilkan untuk membantu si Comel anda sentiasa bersemangat setiap kali masuk waktu solat. Stok adalah TERHAD, dapatkannya segera! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 018-3234483.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *