Laman Web Telekung Kanak-Kanak Diadina dah active semula!

Bukan senang rupanya mahu bina laman web, banyak perkara yang perlu kita faham. Tidak sangka yang menguruskan sistem laman web adalah sangat teknikal! Tetapi, Alhamdulillah, berjaya juga bangunkan satu laman web untuk penjualan telekung kanak-kanak Diadina dan juga blog untuk Diadina.

Al kisah, memang sebelum ini laman web Diadina sudah aktif, tetapi tidak beberapa stabil sangat kerana hal-hal teknikal yang memang kami kurang faham. Banyak betul masalah yang dihadapi semasa menguruskan sistem laman web yang sebelum ini. Nasib baik jualan Diadina masih boleh diteruskan dalam medium facebook dan instagram. Tetapi, fokus kami juga tidak mahu tertumpu kepada pemasaran Facebook dan Instagram sahaja, jadi terpaksa buat sedikit adjustment untuk laman web Diadina dan hasilnya, Alhamdulillah seperti yang sekarang.

Buat masa kini, sistem laman web Diadina akan kekal seperti sekarang. Semoga tidak ada masalah yang akan dihadapi lagi pada masa akan datang dan Ins Sha Allah, sekiranya ada rezeki, kami akan upgrade sistem sedia ada untuk yang lebih baik.

Ramai orang cakap, “Kenapa tak upah je pakar bina website? Kan senang kerja..?”. Betul, kalau ikutkan hati memang hendak sahaja upah pakar bina laman web, tetapi memandangkan bajet tidak mengizinkan, kami cuba juga untuk belajar sendiri dan bina laman web sendiri.

Bila bina laman web, kena perlu banyak bersabar! Sistem dan bahasa komputer ini perlu mengambil masa untuk belajar lagi-lagi kalau kita bukan dari orang yang mempelajari tentang ilmu IT.

Walau sekalipun kita merangkak untuk belajar, yang penting kita perlu sabar dan teruskan sahaja usaha kita, bila sudah dapat rentak, kita pecut habis..

Bila mula-mula hendak bina laman web, memang kami mula dengan merangkak-rangkak. Kadang-kadang ambil masa sebulan untuk siapkan. Selepas itu, bila mula pandai sedikit, tempoh masa yang diambil adalah dalam seminggu untuk siap satu laman web.  Lama kelamaan dah biasa dengan menu-menu dalam laman web, hasilnya memang menarik! Jadi, jangan risau atau frust di awal-awal pembinaan laman web, memang susah mula-mula, tetapi yang penting kita perlu teruskan belajar dan lakukan tindakan.

Alhamdulillah syukur dengan adanya laman web ini anda semua boleh mendpatkan info terkini dari kami dan juga maklumat lanjut tentang telekung kanak-kanak Diadina. Untuk pengetahuan sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang telekung kanak-kanak Silang Diadina atau ingin memiliki sepasang untuk Puteri Comel, anda boleh layari ke laman web jualan kami di www.diadina.com/telekung-silang.

Ins Sha Allah, ini hanyalah permulaan dalam perniagaan kami. Semoga apa yang kami kongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *