Intai-Intai Peluang Telekung Kanak-Kanak Diadina di Negeri Di Bawah Bayu – Sabah

Tidak terfikir pula kami akan berpindah ke Negeri DiBawah Bayu, Sabah atas urusan pekerjaan. Kali pertama menjejakkan kaki di Sabah, memang sangat berbeza. Dari segi dialek bahasa yang membuatkan kami agak keliru mula-mula. InshaAllah perlahan-lahan kami akan belajar Bahasa Sabah bah!.

Bandar Kota Kinabalu tidak jauh beza dengan di Kuala Lumpur. Kawasan di bandar juag mempunyai bangunan-bangunan yang cantik tersergam gah di bandar ini. Apa yang membuatkan kami kagum ialah, lautannya yang jernih kebiruan memberikan suasana ketenangan dan keindahannya menjadikan perasaan syukur terbit dalam diri.

Bila pindah di tempat yang baru, pastinya perasaan dalam diri akan bercampur baur. Rasa seronok ada risau pun ada. Apa yang seronok ialah, dapat merasa suasana yang agak berbeza dari Kuala Lumpur dan juga dari segi budaya yang berbeza. Yang paling seronok, pastilah tempat-tempat bercuti di Sabah dan juga Makanan Laut yang murah.

Yang risaunya, pastilah urusan perniagaan Diadina. Mana tidak, terpaksa uruskan perniagaan ini dari jauh, tetapi Alhamdulillah syukur.. Diadina mempunyai team yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugas. Jadi, buat semua yang ingin memliki telekung kanak-kanak Diadina, anda tidak perlu risau kerana kami tetap jalankan perniagaan seperti biasa.

Perpindahan kami juga memberikan kami peluang untuk mengintai pasaran di sini. Ini juga peluang kami untuk kembangkan perniagaan Diadina ke Sabah, Sarawak dan Brunei. 

Untuk memulakan sesuatu pastinya perlukan perancangan yang sangat teliti dan baik supaya memperoleh hasil yang betul-betul diinginkan. Seperti apa yang dikata oleh orang bijak pandai..

Jika anda gagal untuk merancang, anda pastinya merancang untuk gagal..

Mula-mula kami survey material dahulu di bandar Kota Kinabalu. Risau juga tidak jumpa material yang sesuai untuk telekung kanak-kanak Diadina. Jika tidak jumpa, memang apa yang kami rancang terpaksa diubah. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami.. jumpa juga material yang sesuai dengan harga yang berpatutan. Perasaan masa jumpa material ini, memang sangat teruja.

Pilihan warna yang lebih banyak dan menarik.
Teruja jumpa material yang sesuai untuk telekung kanak-kanak Diadina.

Seterusnya kami survey juga bahan dan alat ganti untuk mesin jahit dan Alhamdulillah semuanya berdekatan sahaja. Lepas ini boleh mula untuk menjahit kembali.

Jumpa kedai menjual alatan jahitan.

Sebagai usahawan, memang tidak lari dari cabaran menguruskan perniagaan, lebih lagi apabila hendak memantau dari dua tempat yang berbeza dan jauh serta hendak mulakan sesuatu dari kosong balik. Tetapi, yang penting perlu Istiqamah dan sabar dalam setiap urusan. Sentiasa berdoa semoga urusan dipermudahkan.

Perpindahan kami di sini tidak pasti berapa lama lagi. Belum lagi pasang niat untuk terus menetap di sini. Kita sebagai manusia hanya dapat merancang sahaja, Semuanya bergantung dengan apa yang ditentukan olehNya. InshaAllah, kami juga akan pulang ke Semenanjung untuk urusan perniagaan yang sedia ada, sambil-sambil bertanya khabar dengan team di Semenanjung.

InshaAllah, nantikan juga koleksi terbaru telekung kanak-kanak Diadina, EKSKLUSIF! pertama hanya untuk Puteri Comel di Sabah & Sarawak sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *