Anak mula banyak tanya? Ini 7 cara tepat menjawab pertanyaan anak.

Perasaan ingin tahu kanak-kanak semakin meningkat apabila mereka mencapai umur 4 hingga 6 tahun. Mereka sudah mula mahu berfikir dan belajar menerima tentang perkara sekeliling mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu berhati-hati dan bersabar sekiranya anak anda sudah mula menanyakan soalan-soalan yang kadang-kadang agak sukar untuk kita jawab.

Sama juga seperti ibu-bapa lain, kami turut tidak terlepas dari pelbagai pertanyaan dari anak kami..

Tahap pemikiran kanak-kanak pada peringkat umur ini adalah ringkas dan tidak perlu penjelasan yang panjang lebar mahupun yang teknikal. Cukup sekadar mereka boleh menerima dan memahami yang ianya logik bagi mereka.

Ini apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan anak-anak faham dengan jawapan yang dijelaskan.

1. Jangan mengelak atau tidak menjawab pertanyaan anak.

Sekiranya anak anda bertanyakan soalan, jangan cuba untuk elak dengan menjawab seperti ini, “Adik ni asyik tanya sahaja..duduk diam boleh?” atau “Kan Papa dah beritahu tadi..”. Kata-kata seperti ini boleh menyebabkan hati anak anda mudah terluka dan boleh mengurangkan rasa yakin pada diri mereka. Apa yang mereka inginkan adalah mendapatkan jawapan dari orang yang paling mereka perlukan sebagai rujukan.

2. Jangan sesekali berbohong.

Sesukar mana soalan yang ditanya, jangan sesekali berbohong pada anak-anak. Ceritakan hal yang sebenar secara ringkas. Bohong boleh menyebabkan anak boleh hilang kepercayaan dan menganggap berbohong itu adalah perkara yang dibolehkan. Jangan terkejut jika mereka akan pandai untuk berbohong apabila mereka sudah besar.

Ibu bapa adalah contoh yang paling rapat bagi anak-anak, mereka akan meniru apa yang dicakap dan dilakukan oleh ibu bapa..

3. Gunakan istilah yang benar.

Jika anda perasan, selalu kita sering menggunakan istilah yang salah keatas sesuatu perkara terutamanya apabila merujuk kepada kemaluan manusia. Biasa orang akan menggunakan istilah “burung” (dan lain-lain) kepada alat kemaluan pada lelaki. Mungkin anda rasa dengan menggunakan istilah seperti itu akan kelihatan lebih sopan, tetapi tanggapan itu silap sama sekali. Ia boleh memberikan impak yang sangat besar kepada anak. Pada masa ini juga anak anda sedang belajar tentang haiwan, sudah pasti anak anda akan lebih keliru dalam gambaran burung tersebut.

Jelaskan dan berikan istilah yang lebih tepat. Pastinya mereka akan faham.

4. Berikan contoh, pengalaman atau keadaan sekeliling yang paling dekat dengan anak anda.

Anak biasanya akan bertanya tentang perkara disekeliling mereka. Sebagai contoh jika anak anda tanya tentang, “kenapa mereka perlu pergi ke sekolah?”. Jawapan  yang tepat ialah, “kalau pergi sekolah, nanti boleh jadi pandai macam papa”. Pastikan anda kaitkan dengan contoh-contoh yang lebih relevan dan positif dalam kehidupan mereka. Dalam masa yang sama, anda sedang memotivasikan anak anda.

5. Kaitkan dengan nilai-nilai kerohanian.

Terapkan nilai atau amalan kerohanian dirumah. Jadikan agama sebagai panduan untuk mendidik mereka. Sekiranya ada persoalan dari anak anda tentang perkara-perkara ghaib, nyatakan seperti apa yang ada di dalam ajaran Al-Quran. Mungkin agak sukar untuk jelaskan kepada anak tetapi pastinya anak akan faham jika didikan agama itu beterusan dan berkesan.

6. Dorong anak gunakan alat bantuan yang sesuai seperti buku ataupun internet untuk mendapatkan informasi.

Pastinya jawapan dan ilmu pengetahuan semuanya terdapat di dalam buku dan juga internet. Gunakan apa sahaja medium yang ada dan jelaskan secara ringkas apa yang ditanya. Dalam masa yang sama, ia mengajar anak anda berdikari dan menanam minat untuk membaca.

7. Tidak tahu juga adalah baik untuk mereka.

Semua manusia bukanlah super komputer yang boleh tahu segalanya. Katakan sahaja, “Papa atau Mama tidak tahu.. nanti kita cari dalam buku..”. Anak anda tentu akan faham yang anda bukanlah serba tahu segalanya.

Jangan pernah terfikir yang soalan-soalan yang ditanya adalah menjengkelkan atau pun agak mengarut. Setiap yang ditanya itu adalah dari akal pemikiran dan sifat ingin tahu mereka.  Tanggungjawab ibu bapa adalah untuk menjelaskan perkara yang benar dan masuk akal bagi mereka. Hati-hati jangan sampai anda tersilap dalam menyatakan jawapan, kerana ianya boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan anak.

Foto Kredit : Google Image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *