Alhamdulillah – The Beginning Of The Journey

Assalamualaikum, syukur kepada Allah S.W.T, setelah beberapa bulan plan untuk hasilkan website dan blog Diadina, akhirnya berjaya juga siapkan keduanya. Memang jenuh nak fikirkan tentang idea dan tema untuk website tetapi dengan ilmu yang betul, hasilnya pasti memuaskan hati.

 

Ini adalah post pertama untuk Diadina, seperti tajuknya juga, inilah permulaan bagi perniagaan Diadina yang bermula dengan produk telekung kanak-kanak. Ins Sha Allah, fokus kami sememangnya adalah untuk kanak-kanak dan kami target untuk tahun ini dapat mencapai jualan RM 10k setiap bulan untuk telekung silang kanak-kanak. Macam mustahil bukan? Sebab tinggal beberapa bulan sahaja untuk ke 2017, tetapi Ins Sha Allah, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Yang penting kita berusaha sebaiknya dan kita harus mulakan sesuatu jika nak capai sesuatu yang lebih baik.

Blog Diadina akan mempunyai perkongsian-perkongsian yang santai dan juga tip-tip yang bermanfaat bagi anda dan anak anda. Ins Sha Allah juga, kami akan sampaikan maklumat yang ringkas dan padat dengan ilmu pengetahuan.

 

Doa dan sokongan anda kepada kami adalah sangat diperlukan untuk kami jayakan matlamat kami. Semoga kami dapat memanfaatkan produk dan perkongsian kepada semua orang sama ada dalam negara ataupun di luar negara.

 

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan telekung kanak-kanak silang, anda boleh ke laman web order Diadina dengan klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *