7 Sebab Kenapa Facebook Fanpage Lebih Baik Berbanding Facebook Peribadi

Tinggal beberapa hari sahaja kita akan menyambut bulan Ramadhan. Ramai usahawan sama ada yang baru ataupun lama akan ambil peluang untuk berniaga demi menambah pendapatan yang sedia ada.

Ramai usahawan baru masa kini menggunakan facebook sebagai platform untuk berniaga. Tetapi apa yang saya lihat, mereka silap dalam melakukan perniagaan di dalam facebook, terutamanya bagi yang baru hendak mencuba-cuba berniaga di dalam facebook. Mereka akan mula bersungguh-sungguh  mempromosikan produk mereka di Facebook Peribadi atau Facebook Profile mereka.

Bukan tidak boleh berniaga di dalam Facebook Peribadi, tetapi tahukah anda Facebook Peribadi adalah ruang untuk anda bersosial mengenai kehidupan peribadi dengan friendlist anda. Banyak kelebihan yang anda boleh lakukan sekiranya anda menggunakan Facebook Fanpage sebagai medium perniagaan anda berbanding dengan Facebook Peribadi. Kenapa saya katakan begitu, ini antara sebabnya…

1. Jumlah “Likers” yang tidak terhad

Sekiranya anda berjual beli di dalam Facebook Peribadi, orang yang akan nampak promosi anda ialah dari kelompok kawan-kawan atau friendlist anda sahaja. Untuk pengetahuan anda, Facebook Peribadi hanya terhad untuk 5000 friend sahaja berbanding Facebook Fanpage yang jumlah “Likers” boleh mencecah jutaan orang.

Jadi soalan saya pada anda, sekiranya anda ingin perniagaan anda dikenali ramai, adakah anda memilih untuk 5000 orang sahaja ataupun jutaan orang? Pastinya anda mahu orang yang ramai untuk mengenali perniagaan anda bukan?

2. Bina branding tersendiri dan kepercayaan pelanggan

Facebook Fanpage dapat bina “Branding” anda yang unik dan tersendiri. Anda boleh gunakan nama-nama yang anda suka dan menarik untuk perniagaan anda. Sebagai contoh Telekung Kanak-Kanak Diadina mempunyai “Branding” nya yang unik dalam Facebook Fanpage di sini. Ini untuk memudahkan pelanggan membuat carian ketika melayari facebook. Sekiranya pelanggan ingin mencari telekung kanak-kanak untuk anak mereka, sudah tentu mereka akan type “telekung kanak-kanak” di ruangan search dan bukan nama pemiliknya.

Sekiranya anda masih berniaga dengan medium Facebook Peribadi, saya nasihatkan anda segera berhenti mempromosikan produk anda di Facebook Peribadi dan segera cipta Facebook Fanpage kerana tidak ada orang yang akan mencari nama anda untuk membeli produk yang anda jual!

Dengan kuasa “Branding” juga, anda boleh bina kepercayaan dengan pelanggan anda. Bila pelanggan sudah percaya, mereka akan mula membeli dengan anda.

Orang membeli kerana emosi dan bukan kerana produk yang anda jual. Gunakan kuasa “Branding” untuk menjentik emosi dan kepercayaan pelanggan. Cari kekuatan “Brand” anda supaya dikenali ramai.

3. Boleh menerima Private Message atau PM dari sesiapa sahaja

Facebook Peribadi tidak dapat menerima PM dari orang lain kecuali orang tersebut ada di dalam friendlist anda. Sekiranya masuk pun ianya akan berada di dalam ruang “others” atau di Message Request. Jarang-jarang sekali orang perasan tentang message di dalam ruang tersebut membuatkan anda terlepas peluang sekiranya ada pelanggan yang bertanyakan tentang produk anda.

Sebaliknya dengan Facebook Fanpage, orang luar tidak perlu “add friend” atau “Like” page anda pun. Mereka boleh terus PM anda dan tanyakan tentang produk yang anda jual.

4. Boleh menganalisa prestasi Fanpage 

Ini satu kelebihan yang sangat berguna sekiranya anda berniaga menggunakan Facebook Fanpage. Salah satunya adalah “Fanpage Insight” yang membolehkan anda menganalisa posting-posting yang pernah anda post di Facebook Fanpage.  Ini akan membantu anda lihat, posting mana yang mendapat engagement atau reaksi yang tinggi. Dan dari analisa ini juga kita boleh tentukan posting yang mana, pelanggan anda minat untuk mengikuti tentang perniagaan anda serta sesuai menepati citarasa pengikut atau followers anda.

Fungsi ini tidak ada di Facebook Peribadi anda, jadi anda tidak perlu tercari-cari di mana Facebook Fanpage Insight.

Terdapat pelbagai analisa lain yang anda boleh lakukan di dalam Facebook Fanpage. InShaAllah, saya akan kongsikan di dalam Entry lain.

5. Boleh bina dan lantik team untuk uruskan Fanpage 

Sebagai pemilik perniagaan, sudah tentu anda perlukan lebih banyak masa untuk memikirkan tentang hal-hal perniagaan yang lebih penting. Apa kata, lantik sahaja pekerja atau individu lain sebagai pengurus Fanpage perniagaan anda. Anda sebagai admin Fanpage hanya perlu beri kebenaran kepada team anda sahaja sama ada sebagai admin, advertiser, Fanpage analyst dan lain-lain.

Gunakan kelebihan ini untuk anda lebih fokus mengembangkan perniagaan anda.

6. Urus pelbagai jenis perniagaan dengan Facebook Fanpage

Sekiranya anda mempunyai perlbagai jenis produk yang anda jual, sebaiknya anda asingkan mengikut niche yang sesuai. Contohnya, jika anda menjual produk tudung dan dalam masa yang sama anda menjual alat solek, asingkan dan buat Fanpage yang berlainan iaitu satu untuk jualan tudung dan satu untuk jualan alat solek.

Anda tidak perlu bina atau cipta banyak Facebook Profile, gunakan satu Facebook Profile untuk anda bina seberapa banyak Facebook Fanpage.  Jadi tidak perlu lagi bersusah payah untuk menghafal password yang berbeza untuk setiap perniagaan anda.

Ini juga akan memberikan impresi lebih professional kepada perniagaan anda seterusnya meningkatkan “Branding”

7. Pengiklanan berbayar

Sekiranya anda mahu posting anda dilihat dengan lebih ramai orang, cara mudah dan pantas ialah dengan membuat iklan berbayar. Fungsi ini hanya ada pada Facebook Fanpage sahaja. Dengan pengiklanan berbayar Facebook, anda boleh menarik lebih ramai orang untuk mengetahui tentang perniagaan anda.

Iklan Facebook mempunyai pelbagai jenis dan setiapnya mempunyai strategi dan kelebihan masing-masing.

Secara kesimpulan, Facebook Fanpage memberikan banyak kelebihan untuk perniagaan berbanding Facebook Peribadi anda. Untuk pengetahuan anda, bagi mengelakkan akaun Facebook anda di flag dan memaksa anda membuka akaun yang baru, sebaiknya mulakan dengan mencipta Facebook Fanpage.

Sebagai maklumat tambahan kepada anda, Facebook telah menetapkan peraturan dan syarat di mana anda tidak dibenarkan untuk mempromosi atau menjalankan aktiviti perniagaan di dalam Facebook Peribadi. Anda boleh lihat peraturan-peraturan tersebut di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *