7 Kelebihan Unik Telekung Kanak-Kanak Diadina

Ramai puteri comel telah memiliki dan memanfaatkan telekung kanak-kanak Diadina. Sama ada digunakan untuk solat di rumah sehingga lah ke Mekah menunaikan umrah. Alhamdulillah, rata-rata ibu bapa mengatakan sangat berpuas hati dengan telekung kanak-kanak Diadina. Apa yang membuatkan telekung kanak-kanak Diadina ini menjadi sangat istimewa dan menjadi pilihan ramai puteri comel? Adakah ianya sama seperti dengan telekung kanak-kanak yang lain?

Telekung kanak-kanak Diadina tidak sama seperti telekung kanak-kanak yang ada di pasaran. Ia mempunyai kelebihan dan keunikkannya tersendiri dan ini adalah antara kelebihan unik yang membuatkan ramai puteri comel semangat nak solat lepas pakai telekung kanak-kanak Diadina.

1. Telekung “AWNING SILANG”

Ini adalah keunikan yang paling utama bagi telekung kanak-kanak Diadina. Tidak seperti telekung kanak-kanak lain yang ada di pasaran, telekung ini mempunyai ciri “AWNING SILANG” dan nampak lebih comel apabila puteri anda memakainya.

 

2. Material Yang Ringan, Sejuk & Lembut

Untuk memastikan puteri comel sentiasa selesa ketika menggunakan telekung kanak-kanak Diadina untuk solat, material yang sesuai haruslah diutamakan. Telekung kanak-kanak Diadina hanya menggunakan material jenis soft jersey yang berkualiti tinggi. Kain jenis ini adalah ringan, lembut dan tidak panas sesuai untuk kanak-kanak tahan memakai telekung ini sehingga habis solat.

 

3. Mudah Untuk Pakai

Telekung kanak-kanak Diadina menggunakan tali pengikat jenis getah supaya mudah untuk menyarung terus ke kepala puteri comel anda. Maklumlah, kadang-kadang puteri comel tu terlalu aktif sampai tak sempat mama nya nak betulkan telekung. Ianya tidak terlalu ketat dan selesa, pastinya nampak kemas ketika  memakainya.

 

4. Jahitan  Kemas

Kualiti adalah sangat diutamakan dalam penghasilan telekung kanak-kanak Diadina. Setiap telekung dijahit oleh pakar-pakar jahitan Bumiputera yang sentiasa berdedikasi untuk menghasilkan telekung kanak-kanak yang cantik dan kemas untuk dipakai oleh puteri comel anda. Setiap telekung kanak-kanak Diadina yang dihasilkan akan disaring untuk memastikan setiap jahitan adalah kemas.

 

5. Pilihan Warna Menarik

Kebiasaannya telekung sering dikaitkan dengan warna putih. Berbeza dengan telekung kanak-kanak Diadina, ia mempunyai pelbagai pilihan warna yang comel  dan menepati citarasa kanak-kanak. Kanak-kanak lebih suka untuk memilih pakaian yang berwarna berbanding warna putih. Pilihan warna yang ada untuk telekung kanak-kanak Diadina adalah seperti berikut:

 Diadina Signature Collection

 

Diadina Pink Collection

6. Saiz Fleksible

Telekung kanak-kanak Diadina mempunyai 3 saiz fleksible yang boleh dipakai oleh kanak-kanak seawal 1 hingga 9 tahun. Ia mempunyai 3 kateogri saiz yang berbeza iaitu, saiz S untuk 1-3 tahun, saiz M untuk 4-6 tahun, dan saiz L untuk 7-9 tahun. Saiz yang fleksible memberikan pelaburan anda sangat berbaloi kerana puteri comel boleh memakai telekung ini lama.

 

7. Testimoni Pengguna Yang Ramai dan Berpuas Hati

Ramai ibu bapa yang memberikan feedback yang positif terhadap telekung kanak-kanak Diadina. Kebanyakkannya semua sangat berpuas hati dan gembira melihat puteri comel semakin bersemangat untuk solat bersama. Untuk melihat testimoni-testimoni telekung kanak-kanak Diadina, anda boleh klik di sini

Dengan kelebihan-kelebihan unik ini, pastinya memberikan keyakinan dan kepuasan kepada ibu bapa serta puteri comel. Telekung kanak-kanak Diadina, telekung solat pilihan terkini buat ibu bapa yang mahukan puteri comelnya belajar solat seawal 1 tahun.

Telekung Kanak-Kanak Diadina, satu-satunya telekung solat Awning Silang dihasilkan untuk membantu si Comel anda sentiasa bersemangat setiap kali masuk waktu solat. Stok adalah TERHAD, dapatkannya segera! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 018-3234483.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *