3 Sebab Kenapa Kami Pilih Telekung Silang Sebagai Produk Utama

Alhamdulillah, baru sahaja dapat kesempatan untuk update posting setelah beberapa lama biarkan blog ini bersawang. Maklumlah berniaga di awal-awal fasa ini perlukan masa dan komitmen yang tinggi sebab ada masa kita perlu fokus kepada sesuatu yang lebih utama dan kebanyakkannya kita sendiri perlu lakukan. Ins Sha Allah, ada rezeki nanti boleh ambil staff untuk bantu urusan-urusan tertentu buat masa sekrang kita usahakan dahulu mana yang mampu.

Okeyh, berkenaan dengan tajuk utama. Ramai yang tanya kami, “kenapa telekung silang?”, “Tak ada telekung yang jenis getah kat muka tu ke?”. Untuk pengetahuan semua, kami hanya mengeluarkan telekung jenis awning silang dan hanya untuk kanak-kanak sahaja.

Ini antara sebab kenapa kami pilih telekung silang sebagai produk utama kami

1. Fokus kepada satu idea bisnes

Untuk permulaan memang kami akan lebih fokus kepada pengeluaran telekung jenis awning silang. Ini sememangnya idea awal kami dan Ins Sha Allah ianya akan diteruskan memandangkan permintaannya yang sangat menggalakkan. Bak kata pepatah:

A man catches two rabbits, catches none ~ Confucius 

Atau untuk yang pepatah melayunya,

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Sebab itu, adalah lebih baik kami fokus dengan apa yang ada dulu. Takut-takut nanti tak terurus bisnes bila nak buat macam-macam yang belum tentu mampu untuk kami lakukan. Tetapi Ins Sha Allah, perancangan itu ada cuma belum sampai lagi masanya.

2. Ciri yang unik

Telekung awning Silang kami adalah salah satu USP (Unique Selling Point) kami. Ini adalah untuk membezakan antara telekung jenis bergetah di muka yang kebiasaannya boleh didapati dalam pasaran semasa. Pada mulanya memang kami nak buat telekung yang bergetah di muka (masa prototype mula-mula pun jual telekung jenis ni..) cumanya setelah dikaji secara menyeluruh tentang pasaran semasa, kami fikirkan kepada idea yang lebih unik iaitu telekung jenis awning silang supaya dapat menembusi pasaran telekung kanak-kanak yang boleh dikatakan agak padat.

3. Kukuhkan Branding

Salah satu sebab utama juga ialah untuk mengukuhkan lagi branding kami. Brand adalah sangat penting dalam perniagaan. Sekiranya brand tidak kuat, bagaimana hendak mendapat jualan.  Matlamat kami adalah untuk menjadi setanding dengan brand-brand yang sudah terkenal.

Buat masa sekarang, brand kami sedikit demi sedikit sudah mulai dikenali. Dari tanah semenanjung sehinggalah ke tanah Borneo, ramai anak-anak comel telah memiliki telekung kanak-kanak Diadina. Ins Sha Allah, kami akan mula mengintai pasaran global dan setakat ini, telekung silang boleh didapati di Singapura dan Brunei sahaja.

Fokus kami tidak ubah adalah untuk membantu ibu bapa  membuatkan anak perempuannya lebih bersemangat untuk solat. Visi kami adalah tetap iaitu untuk menjadi pembekal Telekung Silang Kanak-Kanak keseluruh Malaysia.

Semoga ini dapat perjelaskan kepada anda semua kenapa kami pilih Telekung Awning silang sebagai produk utama kami. Ins Sha Allah juga, berkat doa-doa dan sokongan yang diberikan, kami akan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik.

Telekung Kanak-Kanak Diadina, satu-satunya telekung solat Awning Silang dihasilkan untuk membantu si Comel anda sentiasa bersemangat setiap kali masuk waktu solat. Stok adalah TERHAD, dapatkannya segera! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 018-3234483.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *