11 Kesilapan Ibu Bapa Menyebabkan Sikap Anak Berubah (Bahagian 2)

Melalui perkongsian bahagian pertama sebelum ini, sedikit sebanyak anda telah mengetahui beberapa kesilapan anda sebagai ibu bapa yang memberi kesan kepada perubahan sikap anak anda. Ini adalah sambungan untuk bahagian kedua:

7. Tidak cukup memuji atau menghargai
Jangan terkejut jika anak anda tiba-tiba menjadi pemarah dan suka bertindak lebih nakal. Ini adalah disebabkan anda tidak memberikannya cukup pujian dan penghargaan kepada anak-anak anda apabila mereka melakukan perkara yang baik. Meraka hanya berasa dengan berkelakuan negatif, itu sahaja dapat mengambil perhatian ibu bapa. Sebagai ibu bapa, walau sekecil mana pun perlakuan baik anak itu, pujilah dengan bersungguh-sungguh kerana anak perlukan perhatian yang sepenuhnya walaupun hanya menolong anda tutupkan pintu bilik.

8.  Memerintah atau bertindak seperti boss di rumah
Anak-anak bukanlah pekerja anda, malah anda sebagai ibu bapa, ini bukanlah satu lesen kepada anda untuk memerintah mereka. Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada orang lain (lebih-lebih lagi orang tua), sekiranya anda bersikap seperti seorang boss di rumah tanpa mementingkan perasaan mereka. Anda sendiri mahukan orang menghormati anda bukan? Jadilah seorang pemimpin yang boleh mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai oleh Allah.

9.  Terlalu membesarkan perkara yang menyentuh peribadi anak
Setiap manusia pasti mempunyai hal peribadi yang tidak perlu dibesarkan. Kadang-kadang sebagai ibu bapa, anda mungkin tidak perasan ketika berborak dengan rakan-rakan atau saudara mara, apabila menyentuh bab anak-anak, anda mungkin terlepas menceritakan hal peribadi mereka walaupun ianya tidak sepatutnya dikongsi. Perkara yang kecil mungkin bagi ibu bapa tetapi besar kepada anak-anak. Ini akan menyebabkan sikap anak akan berubah menjadi pendiam atau perahsia dan tidak mahu kongsikan apa-apa dengan anda. Jaga-jaga, perkara ini boleh mengakibatkan kemurungan pada anak-anak.

10. Berkelakuan biadab
Anak-anak menjadi biadap atau kurang ajar dengan orang sekeliling mereka adalah disebabkan contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau orang lain yang bersikap biadab. Adab dan kesopanan adalah nilai kehidupan yang sangat penting bagi setiap manusia.  Didiklah anak dengan cara menghormati serta menjaga adab-adab percakapan, perbuatan dan lain-lain.

11. Menegur atau menghukum anak di hadapan orang lain
Perkara paling penting apabila anda hendak menegur anak ialah jangan lakukannya di hadapan orang lain. Anak pasti akan berasa malu dan kurang berkeyakinan dalam menghadapi sebarang situasi. Ini akan memberi kesan kepada sifat keberanian anak dalam menghadapi ancaman terutama apabila dibuli oleh kanak-kanak lain di sekolah. Ibu bapa harus bersikap lebih rasional dan pastikan teguran perlu dibuat lebih personal. Dengan cara ini, anak anda akan berasa lebih selamat dan nilai kasih sayang lebih erat dapat dipupuk.

Ini adalah antara 11 kesilapan ibu bapa dalam proses membesarkan anak. Setiap orang pasti melalui proses ini dan ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak. Ingat, apa yang ibu bapa lakukan, anak-anak pasti akan ikut.

Jangan salahkan sesiapa sekiranya anak-anak bersikap negatif, audit kembali diri dan lihat mana kesilapan yang telah anda lakukan dan belajarlah dari kesilapan diri untuk berubah kepada lebih baik.

Sumber artikel : Facebook Ibu Bapa Cemerlang
Foto Kredit :  compassion.com.au

Telekung Kanak-Kanak Diadina, satu-satunya telekung solat Awning Silang dihasilkan untuk membantu si Comel anda sentiasa bersemangat setiap kali masuk waktu solat. Stok adalah TERHAD, dapatkannya segera! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 018-3234483.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *