11 Kesilapan Ibu Bapa Menyebabkan Sikap Anak Berubah (Bahagian 1)

Dalam proses mendidik anak-anak. Ibu bapa haruslah sentiasa bersabar dan memahami keadaan mereka sebagai anak. Setiap perlakuan ibu bapa akan memberi kesan sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Hati-hati dalam percakapan dan perbuatan, kadang-kadang anda tidak perasan yang tingkah laku anda sedikit sebanyak mempengaruhi sikap anak-anak. Sekiranya anak-anak bersikap agak kurang menyenangkan, periksa dahulu apa kesilapan anda sebagai ibu bapa terlebih dahulu sebelum anda memarahinya ataupun menghukumnya. Ini adalah antara kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh ibu bapa yang menyebabkan perubahan sikap anak-anak:

1. Kurang berikan sentuhan kasih sayang.
Sekiranya anda melihat anak anda sengaja menganggu ketika sedang melakukan aktiviti harian anda, ini bermakna anda telah kurang memberi sentuhan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka. Sebagi ibu bapa, anda perlu faham apa perasaan anak-anak. Ketika kecil apa yang mereka mahukan cuma lah perhatian dari ibu bapa. Sekiranya anda terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan atau hal-hal lain yang penting, hentikan seketika, lihat dan tenung wajah anak anda kerana kemungkinan mereka sangat memerlukan anda ketika itu.

2. Menghukum atau memarahi anak terlalu keras.
Anak anda pandai berbohong? Awas! Gejala ini haruslah dibendung awal kerana anak-anak akan lebih berani melakukan perkara yang lebih teruk dibelakang anda apabila besar kelak. Jika anak anda bebohong, itu tandanya hukuman atau tindakan yang dikenakan adalah terlalu keras untuk kesalahan mereka. Anak anda tidak berani untuk berterus terang sebaliknya memilih untuk berbohong. Cukup sekadar tegas dan nasihat apabila mereka melakukan kesalahan.

3. Banyak membebel daripada nasihat.
Jika anda melihat anak anda mengalami masalah kurang keyakinan diri, ini adalah kerana anda terlalu banyak memberi nasihat (membebel) daripada memberi dorongan. Jangan terlalu “pefectionist” dalam memberi didikan. Memadai dalam menasihati anak dalam perkara tertentu, terutama apabila anak melakukan kesilapan. Fokus kepada kesilapan yang lebih serius berbanding dengan kesilapan yang kecil tanpa perlu membebel.

4. Tidak beri ruang untuk memilih.
Anda sudah beri anak anda bermacam-macam, tetapi anak anda masih lagi mengambil barang kepunyaan orang lain? Pernah tak anda terfikir yang anak-anak pun perlu diberi ruang untuk memilih? Kadang-kadang anak pun mempunyai citarasa dan kehendak mereka sendiri jadi tak salah untuk berikan. Tetapi yang paling utama pastikan ianya di bawah kemampuan anda. Jika anda tidak mampu, terangkan kepada anak dan berikan pilihan yang lebih kurang sama dan lebih murah.

5. Suka bandingkan dengan orang lain.
Ada sesetengah kanak-kanak yang sikapnya sangat cemburu kepada kanak-kanak lain. Kebiasaanya berlaku pada adik-beradik sendiri. Ini kerana sikap ibu bapa yang suka membandingkan mereka dengan yang lain. Hati-hati, perasaan cemburu ini boleh mempengaruhi anak sehingga mereka meningkat dewasa.

6. Terlalu cepat beri bantuan
Anak penakut? Takut dengan orang dan sebagainya? Ini kerana anda terlalu cepat sangat memberi bantuan di saat mereka menghadapi cabaran. Apa yang perlu anda lakukan ialah biarkan sahaja dahulu anak anda berhadapan dengan cabaran tersebut sehingga satu tahap dimana mereka betul-betul perlukan bantuan dari anda.

Bagaimana? Adakah anda rasa anda mungkin pernah melakukan kesilapan-kesilapan di atas yang menyebabkan anak anak berubah sikap? Anda setuju dengan pendapat-pendapat diatas? Nantikan 5 lagi kesilapan-kesilapan ibu bapa yang boleh menyebabkan sikap anak boleh berubah di bahagian kedua.

Sumber artikel : Facebook Ibu Bapa Cemerlang
Foto Kredit : netdoctor.co.uk

 
Telekung Kanak-Kanak Diadina, satu-satunya telekung solat Awning Silang dihasilkan untuk membantu si Comel anda sentiasa bersemangat setiap kali masuk waktu solat. Stok adalah TERHAD, dapatkannya segera! Klik di sini sekarang! atau hubungi kami di 018-3234483.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *